Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 di NADI Linggi
30 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini29 Ogos 2026 – Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 telah berlangsung secara serentak di seluruh rangkaian NADI Malaysia pada 29 Ogos 2026 (Sabtu), jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Program ini mensasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records melalui penyertaan serentak melibatkan 1,099 rangkaian NADI di seluruh negara.
Program ini juga turut diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan komuniti melalui aktiviti kecergasan yang santai dan menyeronokkan.
Seramai 54 peserta yang hadir bagi memeriahkan Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 ini di NADI Linggi. Pihak NADI Linggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan dan meluangkan masa untuk menyertai program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: